bakentia.pages.dev


Tun abdul razak bahasa malaysia

Tun Abdul Razak adalah daripada keluarga yang bertaraf bangsawan dan hidup dalam serba kemewahan. Oleh itu, keluarga beliau amat disegani di kalangan penduduk Pekan, Pahang. Meskipun dilahirkan dalam keluarga bangsawan, Tun Abdul Razak menjalani kehidupan yang tidak berbeza daripada orang lain. Beliau dibesarkan secara sederhana keran bapanya tidak mahu beliau hidup dalam kemewahan.

Di peringkat awal zaman kanak-kanak, beliau tinggal di Pulau Keladi, Pekan, Pahang iaitu rumah datuknya. Apabila bapa beliau telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Temerloh, Pahang, Tun Abdul Razak telah dihantar untuk tinggal bersama datuk sebelah bapanya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Beliau terpaksa berulang alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dan berkaki ayam dari rumah ke sekolah.

Sekolah Jambu Langgar tersebut berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan tanah.

Jalan tun abdul razak susur 1

Pada hari hujan murid-murid tidak boleh belajar kerana atap yang bocor dan lantai yang becak. Walaubagaimanapun Tun Abdul Razak mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap tahun beliau dapat menggondol hadiah-hadiah dalam kelas.